Jumaat, 27 Januari 2023  
Pautan
Statistik

Bilangan Pelawat :
 9254842 

Hari ini :  874
Semalam :  2926
Bulan ini :  186342
Bulan lepas :  150324
Info Terkini
PENDAFTARAN KURSUS BAGI PEPERIKSAAN MEI 2023 (PDPP/PDP/PITO)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada semua pelajar bagi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), Program Diploma Perguruan (PDP) dan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO), anda boleh membuat pendaftaran kursus untuk Peperiksaan Mei 2023 (Sepenuh Masa/PJJ dan KDC) mengikut ketetapan berikut:

1. PDPP / PDPP KDC / PDP KDC / PITO : 29 Januari 2023 - 05 Februari 2023

Mohon rujuk Penyelaras Program bagi senarai kursus semester yang ditawarkan dan anda juga diminta untuk memuat turun Slip Pendaftaran Kursus sebaik sahaja selesai membuat pendaftaran kursus secara dalam talian.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing.
- Dihantar pada: 25/1/2023 oleh: Pentadbir Sistem IPGM


PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOVEMBER 2022 BAGI PDP (KDC) AMBILAN OKTOBER 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada pelajar bagi Program Diploma Perguruan (PDP) mod Kursus Dalam Cuti ambilan Oktober 2020 dan Peperiksaan Ulangan/Khas PISMP Jun 2018, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan yang telah disahkan dalam Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru ke-64 mengikut ketetapan berikut:

1. Tarikh : 11 Januari 2023
2. Hari : Rabu
3. Masa : 8.00 pagi

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian (KUPP) IPG kampus masing-masing

Sekian, harap maklum.
- Dihantar pada: 11/1/2023 oleh: Pentadbir Sistem IPGM


PENGISIAN ENTRANCE SURVEY OLEH PELAJAR BAGI PEPERIKSAAN MEI 2023 (PPISMP/PISMP)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Entrance Survey Peperiksaan Mei 2023 bagi semua pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan dibuka mengikut ketetapan berikut:

PPISMP / PISMP : 09 Januari 2023 - 22 Januari 2023

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan nama anda tidak disenaraikan dalam e-kehadiran dan slip keputusan peperiksaan.

Sebarang masalah, sila hubungi Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik (KJ JKA) IPG kampus masing-masing. Harap maklum.
- Dihantar pada: 9/1/2023 oleh: Pentadbir Sistem IPGM


CDL SURVEY (EXIT DAN IPPK) PEPERIKSAAN JANUARI 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman dan perhatian:

Pelajar-pelajar Program Mod Perdana dan Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi Program Diploma Perguruan (PDP) bagi ambilan Jun 2021, Oktober 2021, Oktober 2022 dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) ambilan Oktober 2022, anda boleh mula mengisi Exit Survey dan IPPK Survey mulai:

Tarikh : 02 Januari 2023 hingga 15 Januari 2023

Kegagalan berbuat demikian akan menghalang anda untuk memuat turun dan mendapatkan Slip Keputusan Peperiksaan Januari 2023.

Sebarang masalah, sila hubungi Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik (KJ, JKA) IPGK masing-masing dengan kadar segera. Harap maklum.
- Dihantar pada: 28/12/2022 oleh: Pentadbir Sistem IPGM